Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahukan

Peribahasa

Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya,
     nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya.

Bermaksud :

Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Adat beriman tahukan Allah, Adat mengaji tahukan undang; Adat berjalan tahu melangkah, Adat berbudi tahukan hutang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda tua tahukan diri, Tahu tempat dengan letaknya; Tanda manusia ilmu dicari, Ilmu beradat dengan akhlaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat tahukan diri, Di mana tegak sifat senonoh; Membuang adat memalukan negeri, Bangsa rosak umat bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa teladan, Teladan hidup tahukan diri; Lupa adat binasalah badan, Iman redup nafsu berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila cukup bilangan hari, Hutang-piutang tentu dibayar; Bila hidup tahukan diri, Pantang larang tentu didengar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila cukup bilangan hari, Janji diikat kita tunai; Bila hidup tahukan diri, Pasti ingat hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang surut sampan menepi, Supaya mudah mencampak sauh; Orang patut tahukan diri, Muka peramah tegak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas