Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Selera bagai taji,
     tulang bagai kanji.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak taji kuberi taji, Taji tunggal mata berpamer; Hendak janji kuberi janji, Janji kekal sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Taji ayam sudah dibulang, Diikat benang sebelah kiri; Hari malam mata terbuntang, Teringat tunang sudah berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan taji disuruh ikat, Nyala api abang tadahkan; Janganlah janji suruh diikat, Nyawa di badan abang serahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Wajiblah meraut taji pembelah, Supaya kayu cepat terkerat; Wajiblah sujud kepada Allah, Supaya selamat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas