Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Itik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |