Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak ada

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Bunga yang harum itu ada juga durinya.

Bermaksud :

Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).

 

Lihat selanjutnya...(71)

458

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada padi yang bernas setangkai

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada padi yang bernas setangkai. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau tak ada pagar dibuat, Banyaklah padi dipijak rusa; Kalau tak ada pembesar adat, Banyaklah negeri rosak binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada buah delima, Hilanglah pula buah kemiri; Kalau tak ada tuah ulama, Hilanglah pula tuah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada orang memukat, Biarkan saja sampan tersagang; Kalau tak ada kumbang memikat, Biarkan hamba cuba bertandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tak ada kayu nan lebat, Tidakkan turun burung jentayu; Kalau tak ada pemangku adat, Tidakkan turun adat Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada si buah labu, Takkan berair batang cendana; Kalau tak ada ayah dan ibu, Takkan lahir manusia ke dunia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada di dalam pukat, Cubalah cari dalam pangkalah; Kalau tak ada di dalam adat, Carilah di dalam syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada lapik pandan, Tidakkan orang mudik ke hulu; Kalau tak ada lapis di badan, Tidakkan abang menentang malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada orang mencuri, Biar ke tanah mencari puntung; Kalau tak ada kumbang menyeri, Biarlah hamba mengadu untung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau bersampan tak ada bekal, Di tengah laut terang kebulur; Kalau beriman tak ada beramal, Susah mengikut ke liang kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hendak berjalan parang tak ada, Hujan lebat badanku basah; Hendak berpesan orang tak ada, Berkirim surat kalam pun patah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910

Kembali ke atas