Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak raja menikam pari, Kulit gutung di hujung galah; Bukan sengaja lepas ke mari, Untung takdir diberi Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |