Walaupun menggulai tidak bisa, Memasak pindang tentulah jadi; Walaupun bercerai talak tiga, Banyaklah kenangan dibawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun menggulai tidak bisa, Dapat bertanak sudah bersyukur; Walaupun bercerai talak tiga, Mengingat anak tetap bertegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil tetap mewalikan anak; Degil bukan sebarang degil, Degil menyelap gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |