Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Air selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apalah kena pauh buritan, Ambil talam taruhlah pauh; Apalah kena burunglah di hutan, Lepas di tangan terbanglah jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa rasa makan di daun, Makan di talam serasa nasi; Apa rasa cerai setahun, Cerai sehari serasa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna nasi di daun, Nasi di talam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal sehari rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas