Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali kail sangkut ke akil, Dilempar masuk ke ternpat kuda; Hati kecil lutut menggigil, Mendengar datuk memikat janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali kecapi disebut orang, Bila dipetik bunyinnya nyaring; Hatiku ini mabuk kepayang, Kerana adik sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |