| Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tali apa nampak kelihatan, Tali layang putus teraju; Di kiri api di kanan lautan, Jalan yang mana hendak dituju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Putus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Gesek biola tali empat, Putus satu tali kecapi; Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
| Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |