Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Pecah kapi,
     putus suai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.

 

Lihat selanjutnya...(49)

371

All men are mortal

Semua orang pasti mati.

Mana tali berpunca tak berhujung?

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must mortal. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali apa nampak kelihatan, Tali layang putus teraju; Di kiri api di kanan lautan, Jalan yang mana hendak dituju.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Putus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Gesek biola tali empat, Putus satu tali kecapi; Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910...

Kembali ke atas