| Rosak tiang kerana retak, Retak mudah membawa belah; Rosak orang kerana tamak, Tamak harta kerja menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat Melayu memantangkan tamak, Orang tamak diperbudakkan nafsu; Tabiat penipu hutangnya banyak, Hutang banyak banyaklah seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang lunak biarlah lunak, Supaya nanti dapat dipancung; Orang tamak biarlah tamak, Supaya mati perutnya kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Taat umat kepada Allah, Loba dan tamak ia jauhkan; Kuat adat mulia maruah, Di mana tegak ia teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang keras bertulang, Yang lunak berdaging; Yang ikhlas terbilang, Yang tamak tergiling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalaulah jalan selalu rosak, Siapa lewat akan terhalang; Kalau berkawan terlalu tamak, Semua sahabat akan menghilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila ke hulu tidak bergalah, Ke hilir pula bawa berdayung; Apabila terlalu tamak serakah, Akhirnya kepala kan terpancung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa orang mengacip pinang, Kerana hendak memakan sirih; Mengapa orang bernasib malang, Kerana tamak kawan ditindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |