Raja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hingar bingar di Taman Pelita, Tawar menawar menjual bunga; Dengar nasihat para pendita, Dunia tak kekal selamanya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bunga melati di dalam taman, Penyeri rumah dalam puan; Budi diingat sepanjang zaman, Nama terpahat di tugu pahlawan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bunga sekuntum di dalam taman, Dilihat orang indah dan permai; Assalamualaikum puan dan tuan, Adat dibilang sudahlah sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunga cina di dalam taman, Sayang keduduk bercabang dua; Dunia ini pinjam-pinjaman, Nak tumpang duduk sehari dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tuan puteri mandi di taman, Mari turun ke bulan Rejab; Pertama arif lagi budiman, Satu soal tidak dijawab. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau mengutip bunga di taman, Bunga melur ada duri; Siapa dia orang di laman, Silalah naik kalau sudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |