Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba.tan] | تمبتن

Definisi : 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian mem­buka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba.tan] | تمبتن

Definisi : 1 tiang dll tempat menambat perahu dsb. 2 = ~ hati (jiwa) ki orang yg dicintai; kekasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,

Puisi
 

Saya nak mandi tambatan banyak,
     Tambah pula ada buaya;
Saya nak berbini hutang banyak,
     Tambah pula hina dina.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Saya nak mandi tambatan banyak, Tambah pula ada buaya; Saya nak berbini hutang banyak, Tambah pula hina dina.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil buluh buat sumpitan, Hendak menyumpit rumah Cik Bata; Sungguhpun banyak biring tambatan, Ayam togel di laman juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Malam hari orang melukis, Membuat gambar indah sekali; Dalam hati hamba menangis, Ingat kekasih tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari subuh orang berdayung, Hilir mudik tiada terhenti; Dari jauh abang berkunjung, Mencari adik tambatan hati. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanam keladi di tengah ladang, Supaya lalang tidak menjadi; Di dalam hati sudah kutunang, Adinda seorang tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas