Tanah tinggi tanah permatang, Tempat tumbuh kayu meranti; Patahlah hati hamba meminang, Adik menjauh membawa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Pandan ke tengah, jauh ke tengah, Gunung Daik tiga, bercabang tiga; Hancur badan tanah, dikandung tanah, Budi baik juga, dikenang juga. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Suaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kata seadat kata berpangkal, Berpangkal pada Quran dan sunah; Kita seadat sama seasal, Asal tanah pulang ke tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Changkul tanah dalam-dalam, Sebelum datang seorang kontraktor; Menteri mengarah siang malam, Menyelamat tujuh mangsa helikopter. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pajak tanah di tepi gunung, Pukul rebana awan berarak; Sejak tadi tuan termenung, Cangkul di tangan tidak bergerak. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |