| Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Hujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Asam lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Merayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |