Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll): ~-~ yg datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;menanjung 1. menganjur ke laut spt tan­jung, nampak spt tanjung; 2. belayar me­nyusur tanjung: maka Batin Singapura pun keluar dgn tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; tanah ~ semenanjung, jazirah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimo­sops elengi; pohon ~ sj tumbuhan (pokok), sauh, sawa, Manilkara kauki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke tengah laut (sungai dll). menanjung 1 kelihatan spt tanjung; menganjur ke laut dsb spt tanjung. 2 belayar sepanjang tanjung atau menyusur tanjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : , = bunga ~ nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(133)

Pantun

PantunSumberTema
Ayung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung di atas titi, Ditiup angin ke barat daya; Di mana tempat tuan menanti, Boleh tuan ceritakan saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Akar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi batunya rendah; Hajat hati kepadanya tuan, Langit yang tinggi menjadi rendah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas