Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll): ~-~ yg datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;menanjung 1. menganjur ke laut spt tan­jung, nampak spt tanjung; 2. belayar me­nyusur tanjung: maka Batin Singapura pun keluar dgn tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; tanah ~ semenanjung, jazirah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujung tanah yg menganjur ke tengah laut (sungai dll). menanjung 1 kelihatan spt tanjung; menganjur ke laut dsb spt tanjung. 2 belayar sepanjang tanjung atau menyusur tanjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung I

Puisi
 

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung,
     Sayang lengkuas di padang-padang;
Jangan tidak cuba berlindung,
     Supaya puas kita berpandang.


Lihat selanjutnya...(133)

Pantun

PantunSumberTema
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu Tanjung Beringin, Kini menjadi di Tanjung Seberang; Dari dahulu hatiku ingin, Kini menjadi kekasih orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daripada pergi ke Tanjung Uban, Elok menetap di Tanjung Pagar; Daripada menanti burung di awan, Elok menangkap burung di sangkar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mari kait di Tanjung Jati, Hinggap pula ke Tanjung Sura; Kalau dapat penghibur hati, Duduklah bertambah gembira.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas