[ta.ri] | تاري
Definisi : = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn menggunakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan payung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lambaikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn memakai selendang; ~ serimpi sj tari yg dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ri] | تاري
Definisi : , = tarian gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. menari menggerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. menari-nari melompat-lompat kerana gembira dll. menarikan melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: majlis ~. penari orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)