Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat raja menjaring; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat dinda menjeling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat itik berenang; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat adik melenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat ikan bertelur; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat puan menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbung betung di tepi tasik, Kalau tasik banyak buntalnya; Sungguh untung berlaki pendek, Walau pendek banyak akalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik serai nama telaga, Di situ orang menyauk udang; Adik pandai bermanis muka, Tentulah abang mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik puteri telaga undang, Sungai berbelok ke kuala; Adik berjanji kepada abang, Sampai bongkok tetap setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |