Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.tih] | تاتيه

Definisi : bertatih-tatih, tertatih-tatih 1. ber­jalan selangkah demi selangkah dgn huyung-hayang (kanak-kanak yg mulai belajar ber-jalan); 2. ki baru mencuba-cuba berusaha (perniagaan dll), baru belajar: orang Melayu yg dgn modal sekelumitnya baru hendak ~ dlm bidang perniagaan; menatih memimpin kanak-kanak utk belajar berjalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tih] | تاتيه

Definisi : ; bertatih-tatih berjalan selangkah demi selangkah dgn terhuyung-hayang (bkn kanak-kanak yg baru belajar berjalan). menatih memimpin kanak-kanak yg baru berjalan. tertatih-tatih dlm keadaan bertatih-tatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatih


Pantun

PantunSumberTema
Kalau barjalan tertatih-tatih, Nampak bagai sedang merangkak; Kalau berkawan tindih-menindih, Tengah beramai orangkan muak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjalan tertatih-tatih, Jauh lambat dekat pun lambat; Kalau berkawan tindih-menindih, Musuh dekat sahabat mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjalan tertatih-tatih, Berjalan dekat terasanya jauh; Kalau berkawan tindih-menindih, Dengan sahabat nescaya bermusuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Saya tak mahu tatih ke pinggan, Saya nak fasih sambil duduk; Saya tak mahu kasih sebulan, Saya nak kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas