| Makan selepas Zuhur, Lebat daun melati; Nasi jadi bubur, Taubat sebelum mati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Sayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau rusa sudah ditambat, Cepatlah kebat pada penggalah; Kalau dosa sudah terbuat, Cepatlah taubat kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Anak musang berjalan malam, Bila terlambat induknya marah; Sejak bujang makan yang haram, Bila tak taubat dikutuk Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |