Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |