Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu.te.bu] | ٢ تبو

Definisi : 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu-tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Esah menanam tebu, Tebu ditanam tidak bersuli; Tidak usah badan bertemu, Asal dapat mendengar bunyi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah tebu perkara tebu, Tidakkan sama tebu lanjung; Banyaklah ibu perkara ibu, Tidakkan sama ibu kandung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tandanya si batang tebu, Batang tebu halus uratnya; Apa tandanya orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tebu seruas di dalam air, Nampak ada kilat bayangnya; Nasi sesuap seteguk air, Nampak juga kasih sayangnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebu hitam mati pucuk, Mari dimakan manis rasa; Melintang keris di rusuk, Hitam manis kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebu liat si tebu lanjut, Di kilang dipanas mentari; Jatuh berderak tangga anjung, Kerana abang pulang dinihari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
123456

Kembali ke atas