Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : ~ api sj burung, punai lembu, Macro­pygia ruficeps; ~ api besar = ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : nama sj burung, Macrophy­gia ruficeps malayana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekukur

Puisi
 

Tekukur terbang seratus,
     Hinggap mari di kayu jati;
Sudah kuukur serta kupirus,
     Jangan si malai berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Paksa tekukur padi rebah,
     paksa tikus lengkiang terbuka.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang menuku, Turun makan padi di laman; Rasa nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur gulai lemak, Batang padi dibelah dua; Biar saya dimarah emak, Asal jadi kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur digulai lemak, Daun selasih saya lurutkan; Sudah lumpur bertambah semak, Kerana kasih saya turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas