Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah tekun menjaring udang, Udangnya cukup dimakan sendiri; Kalaulah tekun membanting tulang, Senanglah hidup dikemudian hari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah tekun menjaring udang, Dapat menggulai pagi dan petang; Kalaulah tekun membanting tulang, Niat kan sampai hati pun tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa tanda lading darat, Menanam padi dengan tugal; Apa tanda orang beradat, Faham berbudi tekun beramal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas