Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Air telaga terasa sejuk, Siapa ke sana teruslah mandi; Kupandang muka membawa mabuk, Kudengar suara memutus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik puteri telaga undang, Sungai berbelok ke kuala; Adik berjanji kepada abang, Sampai bongkok tetap setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |