Telah lama orang menekat, Membuat baju kebaya lebar; Sudah lama abang terpikat, Hendak bertemu dada berdebar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang merenda, Hendak ditekat takut menyalah; Sudah lama abang mencinta, Hendak bercakap tergigit lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang berburu, Hendak mencari rusa beranak; Sudah lama abang merindu, Hendak ke mari dadaku sesak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang menyimpai, Pemasak tiang berikut tonggak; Sudah lama abang mengintai, Hendak berterang takut ditolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang belayar, Perahu kolek laju meluncur; Sudah lama abang bersabar, Menunggu adik mahu menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang memukat, Angin utara sudah berhenti; Sudah lama kukandung niat, Ingin bersua si buah hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama kuda berlari, Lidah terjulur mata pun sayu; Sudah lama hamba menanti, Habislah umur menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama kuda berlari, Dikejar budak badan berpeluh; Sudah lama hamba menanti, Khabar tidak pesan pun jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pukat rantau telah tersadai, Pukat dimuat dalam jongkong; Adat merantau mencari pandai, Adat berniaga mencari untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |