Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Teluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Teluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teluk Tanjung Ketapang, Kaki ketam berduri-duri; Hilang emas boleh ditempah tukang, Hilang kekasih di mana hendak dicari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Dalam juara syahdu, Tanjung Jagung kuda lama; Tengah malam bangun merindu, Saya tak biasa tinggal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas