Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ma] | تيما

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ma] | تيما

Definisi : /téma/ dasar cerita yg di­per­cakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. bertema mempunyai tema. ber­temakan meng­gunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tema (kata nama)
Bersinonim dengan dasar, asas, pokok, tajuk, judul, motif, isi;,
Kata Terbitan : bertemakan,


Pantun

PantunSumberTema
Cu Pandan anak bumbunya, Hendak menyerang pergi Melaka; Sebentuk cincin permata bunga, Untuk sebagai cahaya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincang rabung saya kunyiti, Anak sembilang mati di tangan; Intan segunung saya tangisi, Hilang di mata di hati jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincang kulat atas batang, Pucuk cepa sayur manis; Datang surat abang datang, Belum baca tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik tuan pergi ke laut, Bawalah balik ketam betina; Kalau cik tuan menjadi rambut, Bolehlah saya menjadi bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas