Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bu/] | تمبوق

Definisi : 1. berlubang (kain, kertas, dll), tembus: tapak kasutnya telah ~; 2. berongga atau berlubang (gigi, batu, dll): giginya ~ dimakan ulat; menembuk membuat lubang (pd kertas dll), menebuk, menembus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bu/] | تمبوق

Definisi : ~ tebing sj ikan darat, Lucio­cephalus pulcher. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bu/] | تمبوق

Definisi : 1 berlubang terus sampai ke sebelah; tembus: Tapak kasutnya ~. 2 berongga (gigi dll); berlubang: Giginya ~ dimakan ulat. menembuk membuat lubang pd kertas dll; menebuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembuk (kata kerja)
Bersinonim dengan berlubang, tembus, tebuk, bocor, bolos, bobos, toblos, tobros, lolos, bosor, pesuk;,
Kata Terbitan : menembuk,

Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Tembuk tabir bawakan benang, Tembuk dinding bawakan damar; Terumbuk fikir bawa bertenang, Tertumbuk runding bawa bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sampan jalur tembuk di ternpat, Tembuk kerana melantak tonggak; Badanlah uzur bongkok berlipat, Menengok betina terlonjak-lonjak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang lurus pemagar kandang, Tembuk dimakan api salai; Orang kurus tidur terlentang, Ditengok bagai papan sehelai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas