Jika tempua bersarang tinggi, Kerat sebatang bunga kiambang; Jika tuan sudi disaji, Ibarat menatang bulan mengambang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Kepaknya habis dicabuti gajah; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Anak menangis bini menyanyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tempua baru keluar, Disengat lebah meracau-racau; Awaklah tua nafsu berkobar, Melihat betina tergagau-gagau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |