Tempurung hanyut berkipas, Santapan raja di kayangan; Ayam berkurung jangan dilepas, Helang mengintai burung di halaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Teluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sayang kecapi kecapang condong, Sayang tempurung berisi paku; Kalau petang matahari condong, Kalau burung nak terbang aku. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Patah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |