Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.mu.run] | تمورون

Definisi : turun-~ drpd nenek moyang ber-pindah kpd anak cucu; ® turun I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temurun


Pantun

PantunSumberTema
Turun-temurun disebut orang, Dari dahulu hinggalah kini; Hidup rukun hingga sekarang, Intinya malu dan tahu diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu sudah ternama, Turun-temurun disebut orang; Adat berpadu dengan agama, Hidup rukun hingga sekarang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat lembaga turun-temurun; Bila muafakat tuah melekat, Manfaat terasa hidup pun rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belat sebuah tampun-bertampun, Lukah dilabuh di batang jati; Adat yang sudah turun-temurun, Patah tumbuh hilang berganti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah cukup padi di ladang, Tahun ke tahun tidakkan lapar; Kalaulah hidup berkasih sayang, Turun-temurun takkan terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup padi di ladang, Tahun ke tahun senanglah makan; Kalaulah hidup berkasih sayang, Turun-temurun senanglah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas