Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sentakkan kembang tengah malam, Cencang ratalah limau manis; Tidur tersentak di tengah malam, Hancur hati bagai diremas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun hari tengah malam, Kerana terkejut bangun juga; Walaupun hati berasa geram, Kerana takut tersenyum juga | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hanyutlah padi di tengah malam, Kerana orang tertidur nyenyak; Hanyutlah hati nyawa pun padam. Kerana kekasih sudah menolak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambillah padi agak segantang, Untuk ditanam di tengah malam; Adik seperti cahaya bintang, Untuk pedoman abang berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |