Ikan tenggiri dimasak opor, Ikan parang dimasak santan, Anak Negeri mati kebulur, Orang seberang diberi makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ikan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak tenggiri anak selambai, Ludah-ludah dalam perahu; Langit tinggi jangan dicapai, Bumi rendah tengok dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ikan tenggiri ikan di laut, Pecah lemak berlinang-linang; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan menumbuk pinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang tenggiri ikan di laut, Airnya tenang lenang-lenangan; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan mengacip pinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah tenggiri datang, Hulur kembang di luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Cari ganti tempat yang tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan cudak tenggiri batang, Suluh-menyuluh di haluan perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh kami tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |