Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.gu.li] | تڠݢولي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), raja kayu, Cassia fistula (javanica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.gu.li] | تڠݢولي

Definisi : Mn 1. air gula, gula kelapa yg dicairkan; 2. air tebu yg sudah dimasak, ceng; bak ~ ditukar cuka prb, Mn kejadian yg ber­tukar drpd suatu keadaan yg menggirangkan kpd yg menyedihkan (yg senang kpd yg susah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengguli

Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang diperah kelapa, Yang sedap tengguli; Yang marah mentua, Yang mengidap bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas