Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)

416

Make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Tengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengok-tengok memetik dedap, Buah dedap masak setangkai; Elok-eloklah adik bercakap, Salah cakap kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok lantai yang patah; Andainya awak dituakan orang, Elok-elok menyampaikan petuah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok tempat yang retak; Andainya awak dituakan orang, Jenguk-jenguk umat yang banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Duduk di tepi pantai, Tengok orang pancing selampai; Jika tidak bunga di tangkai, Banyak kumbang hidup tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas