Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi;

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(216)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(34)

385

Keep your nose out of other people’’s business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jaga tepi kain orang

'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu.Pantun Melayu SarawakKasih
Tumbuh betung di tepi paya, Tepi bersemak paya pun luas; Sungguh untung berlaki kaya, Bini banyak selera pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh betung di tepi tebing, Di tepi tebing retak tanahnya; Sungguh untung berlaki sumbing, Laki sumbing banyak tertawanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi parit, Di tepi parit menjadi semak; Sungguh untung berlaki pelit, Laki pelit tak susah memasak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi lebuh, Di tepi lebuh tegaknya mudah; Sungguh untung berlaki bodoh, Laki bodoh tak banyak kisah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi semak, Di tepi semak banyak onaknya; Sungguh untung berbini banyak, Bini banyak banyak bengaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi sumur, Di tepi sumur kera tak nampak; Sungguh untung laki penidur, Laki penidur kerja tak banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Limau manis di tepi perigi, Batang bayam tepi telaga; Adik manis bersekup gigi, Siang malam termimpi juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas