Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Rumah kecil di tepi laut,
     Tempat memancing ikan tenggiri;
Tubuh kecil bagai diraut,
     Membuat abang tidur bermimpi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh betung di tepi laut, Lautnya dapat tempat berenang; Sungguh untung laki berjanggut, Janggutnya dapat tempat berpegang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laut bukan sebarang laut, Laut luas tak nampak tepi; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut pedas membawa mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas