[te.ra.jang] | تراجڠ
Definisi : tendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit menghentakkan tumit ke tanah; menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesampingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; menerajangkan menendangkan, menyepakkan, mendepakkan: maka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ra.jang] | تراجڠ
Definisi : tendangan ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki. menerajang menendang ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki: Dia ~ perompak itu dgn kaki kanannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)