Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menangĀ­kap burung); menerap menggetah burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,

Puisi
 

Pokok terap dipukul bayu,
     Bayu sampai ke kota raja;
Sudahlah adat kita Melayu,
     Pandai berpantun berguraulah senda.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Elok-elok kenali terap, Terap diampai menjadi benang; Elok-elok kalau bercakap, Cakap sampai orang pun senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni.Pantun Melayu SarawakNasihat
Daun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Daun terap gugur melayang, Jatuh ke laut disambar tenggiri; Tidur sekejap bangun abang, Bukan rumahtangga sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap gugur melayang, Kayu ara di Kampung Bukit; Harapnya abang ibu melayang, Harapnya adik tidak sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas