Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbawa

Peribahasa

Tinggi terbawa oleh ruasnya.

Bermaksud :

Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Yang jauh tidak terbawa, Hendak dibawa angin membadai; Orang jatuh awak tertawa, Asyik tertawa kain terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
ang dipakai parang, Yang terbawa gada; Yang diintai bujang, Yang bersua duda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kata adat kata berumpun, Berumpun kepada petuah amanah; Ada adat terbawa santun, Sopan santun membawa maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang direndang bilis, Yang masak lada; Yang dipinang gadis, Yang terbawa janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas