Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.yang.ba.yang] | تربايڠ - بايڠ

Definisi : 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbayang-bayang

Puisi
 

Bunga tanjung dari utara,
     Jatuh sekuntum melayang-layang;
Bagaimana hati tidak gila,
     Tidur malam terbayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dapat selasih jadi penawar, Direndam orang pengubat demam; Ingat kekasih hati berdebar, Terbayang-bayang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas