Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbelah

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tujuh takuk tujuh terbelah, Tekuk bagai tandan mumbang; Sungguh elok kepala sulah, Bentuk bagai bulan mengambang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak mayang perkara mayang, Mayang terbelah tidak bersangga; Banyak sayang perkara sayang, Sayang Allah tidak terhingga,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa gunanya membuat taji, Bila dibaji terbelah tiang; Apa gunanya mengikat janji, Bila di hati sudah bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Telur itik hendak menetas, Dicantuk ayam terbelah dua; Kutegur adik tidak membalas, Elok kudiam membawa duka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Banyaklah nangka perkara nangka, Paling buruklah nangka terbelah; Banyak derhaka perkara derhaka, Paling terkutuk menderhaka Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas