Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.buang] | تربواڠ

Definisi : 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuang

Puisi
 

Sayang berderak pandai berguru,
     Sayang selasih terbuang layu;
Mujur saya baru berguru,
     Kalau tidak terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Keratau madang berbulu, Berbuah berbunga belum, Berbunga kitika repak, Habis repak bingkuang pula, Berpakai waktu kau menolong, Kurang tolong terbuang saja. Di rumah berguna belum, Berguna ketika sesak, Lepas sesak terbuang pula, Terbuang lagi berpakai, BKurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terbuang sapu ikat terputus, Ikat putus lidi berserak; Terbuang Melayu adat terhapus, Adat terhapus negeri rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang baju dipakai singkat. Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat. Adat terabaikan umat binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayang berderak pandai berguru, Sayang selasih terbuang layu; Mujur saya baru berguru, Kalau tidak terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sudah nasib pisang jeranang, Pisang masak terbuang lalu; Sudahlah nasib apa dikenang, Badanku seorang terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menitik embun daun pun masak. Tercampak di batang pinang, Terbuang ke tepi paya, Padan pipih diambil juga, Itulah pandan nan tak layu; Adik sepantun beras basah, Diayak ditampi orang, Ditampi terbuang juga,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123456789

Kembali ke atas