Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bun.tang] | تربونتڠ

Definisi : terbuka luas-luas, terbeliak (mata): matanya terbuntang tiada terkelip; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuntang


Pantun

PantunSumberTema
Sejak periuk tidak berisi, Anak menangis terbuntang lapar; Sejak beruk kematian bini, Banyaklah gadis datang melamar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Taji ayam sudah dibulang, Diikat benang sebelah kiri; Hari malam mata terbuntang, Teringat tunang sudah berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu sehari rasa setahun, Kerana kasih sedang membara; Baru berdiri celana turun, Siapa menoleh terbuntang mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk mencuri manggis, Baru makan disergah orang; Awaklah bongkok berbini gadis, Baru sebulan mata terbuntang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas