| Mengapa main berlalai-lalai, Kerana hari menjelang senja; Mengapa kain terburai-burai, Kerana lakinya pulang ke janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bagaimana main hendak selesai, Beruk menari makin gila; Bagaimana kain tidak terburai, Menengok laki bermain muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bagaimana kucing tidak meragai, Kera melapah babi menyerang; Bagaimana kencing tidak terburai, Mentua pemarah bini pemberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Berlari-lari kuda di pantai, Mendengar babi mendendang sayang; Berkali-kali celana terburai, Dikejarbini berparang panjang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu hendak berhelat jamu, Kain dipakai baju dicari; Baru tegak menyambut tamu, Kain terburai tamu pun lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak sirih dicabut beruang, Gemparlah murai mau meradang; Sejak kekasih rebut orang, Seluar terburai baju bersebang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Awas-awas menyimpai damar, Salah simpai tali berjurai; Awas-awas memakai seluar, Salah pakai pasti terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Yang jauh tidak terbawa, Hendak dibawa angin membadai; Orang jatuh awak tertawa, Asyik tertawa kain terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |