Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Pantun

PantunSumberTema
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bakut ditanam dengan selasih, Tumbuh subur kayu jati, Sanggup kutelan hempedu kasih, Asal tercapai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas