Taat umat memegang adat, Di mana hidup tidak tercela; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengayuh jong di pagi Jumaat, Tali kemudinya jela-berjela; Sungguh agung Nabi Muhammad, Budi pekertinya tiada tercela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |