Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah nangka buah cempedak, Rasanya manis semua gemar; Sudah tua suka membengkak, Nyawa habis nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila rumput tidak ditebas, Halaman semak jadi belukar; Apabila mulut tidak dibatas, Lawan banyak diri tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila meniup bara api, Kurang cermat muka terbakar; Bila hidup tiada berbudi, Orang mengumpat nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika dayung tidak kuat, Sia-sia dibawa belayar; Jika kampung tidak beradat, Ke mana-mana nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |